Logo

Sukan Orang Pekak Malaysia XX 2018 Ipoh
15 Okt 2018 - 20 Okt 2018

Berita

MESYUARAT PENYELARASAN SOPMA KE-20 BIL.2

Isnin, 24 September, 2018, Ipoh. Mesyuarat telah diadakan di Cititel Express Hotel, Ipoh. Dihadiri oleh jabatan-jabatan Kerajaan, NGO dan pihak Swasta. Mesyuarat kali kedua ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Kamarzaman Harun Presiden MSDeaf. Mesyuarat ini dilaksanakan selepas warga Pekak di Malaysia mendapat Green Light oleh MB Perak pada 2 minggu yang lalu. Dengan berbekalkan kurang 18 hari lagi, kami mengharapkan kerjasama yang padu oleh semua pihak. Sesungguhnya banyak cabaran dan kerja yang perlu dilaksanakan sebelum menjelangnya Temasya ini dan berharap semoga semuanya berjalan lancar.


MESYUARAT SISTEM VISUAL SIGNAL DEVICES (VSD) AND SEIKO ACARA OLAHRAGA

Rabu, 19 September, 2018, MSDeaf. Pengujian Lampu untuk Acara Olahraga. Perbincangan mengenai Penghasilan lampu untuk digunakan di permulaan larian bagi sukan olahraga. Perbincangan yang melibatkan 3 pihak iaitu MSDeaf, Universiti Teknologi Malaysia Skudai dan pihak Syarikat Seiko. Perbincangan ini adalah bagi menghasilkan kesesuaian isyarat lampu di permulaan larian dengan catatan masa pelari. Lampu ini akan diperkenalkan buat kali pertama semasa di SOPMA 20 Ipoh nanti. Semoga projek ini berjalan lancar dan sama-samalah kita nantikan kemunculannya!!!


KELULUSAN KERAJAAN NEGERI PERAK BAGI PENGANJURAN SOPMA 20 IPOH, PERAK

Khamis, 13 September, 2018, Pejabat Menteri Besar Perak. Sebuah perjumpaan bersama Menteri Besar Perak YAB Ahmad Faizal Azumu dan Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Modal InsanYB Howard Lee Chuan How. Pertemuan yang sangat dinanti-nantikan ini akhirnya membuahkan hasil apabila YAB Menteri Besar mewakili kerajaan Negeri Perak menyatakan persetujuannya untuk memberi kebenaran untuk menganjurkan Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia Kali Ke-20 di Ipoh, Perak (SOPMA 20). Walaupun kekurangan dana, namun langkah kanan warga Pekak seluruh Malaysia apabila YAB Menteri Besar menyatakan kesudian Kerajaan Negeri untuk menyalurkan dana penganjuran SOPMA dan sudi membantu MSDeaf mencari dana tambahan bagi merealisasikan sukan terbesar warga Pekak ini.


MESYUARAT MSDeaf DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS.

Rabu, 29 Ogos 2018, Mesyuarat dengan pihak BPKhas Kementerian Pendidikan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Azizul Mohd. Sohod bertempat dibilik mesyuarat BPKhas jam 9.00 pagi mencapai hasil yang positif kearah kerjasama seiring antara MSDeaf dengan BPKhas. Turut serta Pn. Hjh. Noor Azizah bt. Md. Isa, Ketua Unit Pengurusan Sukan Kokurikulum dan Kesenian, En. Muhammad Fadli Idris, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sukan Kokurikulum dan Kesenian, Puan Rozalita, Unit Staf dan Guru dan Puan Fauziah. Pihak BPKhas menyatakan tiada masalah untuk memberi kerjasama pelepasan murid-murid Pekak dengan syarat senarai nama murid-murid Pekak sekolah setiap negeri bersama guru-guru pengiring diserahkan kepada pihak BPKhas selewat-lewat 30 hari dari tarikh sukan atau kejohanan bermula.

Rakan Kongsi